close button

close button

Ular Sawa Batik Melingkar Atas Tiang Lampu

http://speakerpecah.blogspot.com

PASIR MAS - Pengguna Jalan Pasir Mas Tanah Merah di sini pagi semalam telah dikejutkan dengan kehadiran ular sawa batik seberat 29 kilogram dengan empat meter panjang di atas tiang lampu di Kampung Lemal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kemunculan ular itu menyebabkan orang ramai memaklumkan perkara itu di Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Unit Rantau Panjang untuk menangkapnya bagi mengelak bahaya kepada orang awam yang lalu di situ khususnya kepada penunggang motosikal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Operasi JPAM, Lans Koperal Aznidal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.30 pagi, bagaimanapun tidak dapat menangkap ular tersebut kerana kedudukannya agak tinggi .
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selain berada di kedudukan yang tinggi, hujan lebat urut menyukarkan kerja menangkap ular tersebut.

"Kita terpaksa meminta bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menangkap ular yang berada pada ketinggian 29 kaki itu," katanya.

Menurut Aznidal, dengan bantuan Tower Weegan TNB, beliau bersama tiga anggota serta dua anggota Bomba dan penyelamat dari Balai Pasir Mas yang diketuai Fauzi Rashid berjaya menangkap ular batik tersebut.

Difahamkan, reptilia berkenaan berjaya ditangkap dalam masa kurang 20 minit dan diserahkan kepada PERHILITAN.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Tuan Yam Tuan Mat, 58, yang tinggal berhampiran di sekitar tiang lampu berkenaan berkata, dia dimaklumkan mengenai kemunculan ular tersebut ketika azan Subuh pagi semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut beliau, dia agak bimbang dengan kehadiran haiwan tersebut kerana jarak rumahnya dengan tiang lampu berkenaan agak dekat.

"Sesekali saya tengok mendongak untuk melihat ular berkenaan sementara menunggu pihak JPAM sampai," katanya.



Sumber: Sinar Harian

1 komen:

Powered by Blogger.