close button

close button

TV3 Kecewa Pemenang AJL Gagal Hadir Tuntut Hadiah

http://speakerpecah.blogspot.com

Pihak stesen televisyen TV3 sedikit kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya kecewa apabila ada sebahagian para pemenang tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh berbuat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya.

Ahmad Izham berkata, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana krew-krew produksi turut diraikan pada majlis itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada majlis tersebut, pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano, M. Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik) selain pengarah muzik, Ramli MS.

Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF, ciptaan M. Nasir dan Budi Hekayat telah diumumkan sebagai juara dan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai keseluruhan bernilai RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib juara pula dimenangi oleh lagi Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin seta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah, dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadian trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, lagu Karma yang dicipta oleh Audi Mok dan dinyanyikan Faizal Tahir berjaya menempatkan diri sebagai pemenang ketiga sekaligus menggondol hadian trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.




Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.