close button

close button

TPM: Kajian Mendapati Pelajar Tak Minat Sains

http://speakerpecah.blogspot.com

IPOH - Masalah kemerosotan ketara minat pelajar dalam subjek sains di sekolah akan ditangani melalui kajian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan yang sedang giat dijalankan dan dijangka selesai sewal-awalnya akhir tahun ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pasukan yang diberi tugas mengkaji bagi menambah baik sistem pendidikan itu akan mengemukakan pelbagai cadangan untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Malah, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kajian itu tidak terhad kepada isu subjek sains sahaja malah subjek lain, termasuk Matematik dan bahasa Inggeris.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kajian ini dibuat oleh pakar yang akan buat perakuan dan cadangan dan kerajaan akan menerima cadangan itu. Mungkin kajian ini boleh siap sebelum akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa kebimbangannya kerana walaupun sudah memperkenalkan banyak inisiatif memajukan bidang sains, minat pelajar untuk mengambil subjek berkenaan di sekolah semakin merosot ke tahap kritikal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bilangan pelajar yang mengikuti bidang sains secara keseluruhan adalah kira-kira 37 peratus dan 29 peratus dilaporkan sebelum ini hanya membabitkan sains tulen.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Muhyiddin berkata, walaupun pada beberapa peringka negara mencatat kejayaan agak membanggakan dalam bidang pendidikan, tetapi ada beberapa pihak melihat Malaysia agak terkebelakangan dibandingkan beberapa negara lain. Oleh itu, kajian dibuat meletakkan mengukur sistem dan kejayaan sedia ada dengan penanda aras antarabangsa bagi mengetahui kelemahan yang ada dalam sitem pendidikan negara.



Sumber: Berita Harian

1 komen:

Powered by Blogger.