close button

close button

Terkejut Temui Telur Ayam Berkedut

http://speakerpecah.blogspot.com

YAN - Teruja dengan kulit telur ayam berkedut yang dianggapnya unik, seorang pemuda  mahu mengeluarkan isi telur berkenaan dan kemudiannya menyimpan kulit tersebut untuk dijadikan koleksi peribadinya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemuda berkenaan yang dikenali sebagai, Zulkifli Hashim, 33, berkata, dia akan menggunakan picagari atau jarum suntikan sebagai satu cara untuk mengeluarkan isi telur ayam unik itu tanpa merosakkan permukaan kulitnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Zulkifli, dia kemudiannya akan mencari cara lain untuk membuat kulit telur tersebut tidak rosak untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya dalam jangka masa yang panjang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya rasa bertuah kerana telah dipertemukan dengan telur unik dan aneh ini. Seumur hidup saya, belum pernah lihat telur yang mempunyai kulit berkedut dan berurat seperti tangan manusia.

"Saya tidak akan menjualnya atau memberikannya kepada orang lain," katanya.

Zulkifli menceritakan bagaimana dia mendapat telur berkenaan iaitu semasa memilih telur untuk dibelinya di sebuah kedai di pekan Sungai Yan di sini, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Zulkifli berkata, dia ke kedai terbabit untuk membeli telur dan kemudiannya diminta oleh pemilik kedai berkenaan untuk memilih telur yang mahu dibeli sendiri.

"Semasa saya memilih telur yang mahu dibeli, saya terlihat sebiji telur di dalam tempat menyimpan telur itu yang berlainan daripada telur-telur lain. Saya kemudiannya mengambil telur tersebut dan melihat dengan lebih dekat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya terkejut apabila mendapati kulit telur tersebut berkedut seakan-akan sama dengan tangan manusia sebelum mengambil keputusan untuk membeli telur tersebut bersama beberapa biji telur yang lain," katanya lagi.

Apabila ditanya berkemungkinan telur tersebut merupakan telur tiruan yang pernah dihebohka suatu ketika dahulu, Zulkifli menjawab, dia yakin telur itu adalah asli memandangkan ianya mempunyai berat yang sama seperti telut-telur yang lain.

"Saya akan menyimpan telur ini sebagai koleksi peribadi saya untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang," katanya.




Sumber: Sinar Harian

1 komen:

  1. simpan utk generasi akn dtg?? tah apa2 la...biasa la tu, tu namanya kecacatan..aku pn pnh jmpa tlr mcm ni,bkn kata kedut, besar lg dr saiz tlr biasa..mak aku kata biasa la tu, xde yg peliknya pn...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.