close button

close button

Terapi Muzik Dangdut Tingkat Hasil Ayam Di Indonesia

http://speakerpecah.blogspot.com

JAKARTA -  Pelik tapi benar! Itulah ungkapan yang sesuai tentang kejadian ini apabila dendangan muzik rancak seperti irama dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam-ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko, Tlogowaru, Bandar Malang, Jawa Timur, dilaporkan berhasil meningkatkan mutu ternakan mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini.
sila lawat http:///speakerpecah.blogspot.com
Semenjak menggunakan teknik terapi muzik itu yang dimainkan 24 jam tanpa henti, para penternak di kawasan terbabit mendakwa mereka berupaya menuai hasil ternakan yang lebih sempurna, berbanding sebelum itu di mana jumlah ayam yang mati setiap kali musim tuaian agak tinggi.
sila lawat http:///speakerpecah.blogspot.com
Lagu-lagu rancak atau berirama dangdut yang diperdengarkan kepada ayam-ayam itu bukanlah membuatkan mereka berjoget-joget ataupun sebaliknya menjadikan mereka terlelap bila mendengar lagu berirama perlahan yang mendayu-dayu, tetapi muzik itu bertujuan menjadikan ayam ternakan mereka tidak mudah terkejut sehingga menyebabkan kematian.
sila lawat http:///speakerpecah.blogspot.com
"Sejak menggunakan terapi muzik, kami berjaya menuai hasil ayam secara sempurna, dan dilakukan empat kali dalam setahun. Padahal, sebelum menggunakan terapi muzik, sekitar 30 peratus daripada 1,000 ayam kami mati setiap kali menuai hasil," kata Ahamad Fauzi, salah seorang penternak di kawasan itu.
sila lawat http:///speakerpecah.blogspot.com
Fauzi, 29, berkata, terapi muzik untuk ayam itu sudah popular dalam kalangan penternak kawasan Tlogowaru sehingga ia tidak dianggap aneh bagi masyarakat tempatan walaupun belum ada bukti perubatan tentang kesan terhadap kesihatan ayam yang mendengar muzik itu.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.