close button

close button

Temui Al-Quran Hanyut Dalam Tikar Mengkuang

http://speakerpecah.blogspot.com

PENAGA - Seorang bapa dan suadaranya terpaksa membatalkan hasrat untuk menjala ikan di Sungai Muda berdekatan Kampung Pengkalan Bongor di sini, setelah terkejut apabila menemui bungkusan tikar mengkuang kerana menyangka ia berisi mayat manusia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terkejut dengan penemuan itu, Yusri Salleh, 37, dan anak saudaranya, Azman Abd Halim, 22, segera memaklumkan kepada penduduk kampung dan selepas dibuka bungkusan itu mereka mendapati tujuh naskah al-Quran bersama beberapa buah muqadaam basah terendam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Azman berkata, dia yang tinggal di rumah datuknya, Salleh Din, 74, bersama bapa saudaranya Yusri, memang sudah biasa menjala ikan di sungai terbabit setiap kalu mempunyai masa lapang terutamanya pada lewat malam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sungai ini memang menjadi tumpuan penjala dna kaki pancing kerana mempunyai hasil tangkapan yang agak memuaskan seperti ikan terutama talapia dan udang galah.

"Tak sangka awal pagi semalam hasrat kami terbantut kerana menemui bungkusan itu yang hanyut menghampiri perahu hingga membuat kami takut kerana menyangka ia berisi mayat manusia," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Salleh berkata, selepas membuka bungkusan bersama Ketua Perhubungan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Mukim Kampung Pengkalan  Bonggor/Guar Kepah, Ridzuan Othman, mereka mendapati ada tujuh naskah al-Quran dan beberapa naskah muqaddam yang masih elok tetapi basah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami percaya naskah al-Quran ini sengaja nak dilupuskan dengan cara menghanyutkannya ke laut kerana tikar mengkuang itu dibalut rapi dan kitab suci itu hanya basah dan tidak lagi koyak.

"Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) kemudiannya dan dalam masa kami menjemur semua kitab suci itu untuk mengeringkannya," katanya lagi.

Menurutnya, dia sedikit kesal dengan penemuan itu kerana Islam mempunyai garis panduan cara melupuskan kitab suci berkenaan.

Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam Jaipp, Azmah Abdullah yang dihubungi berkata, tindakan sedemikian amat dilarang dalam Islam kerana al-Quran boleh dilupuskan jika koyak atau rosak.

"Orang ramai boleh membakar dalam bekas tertutup bagi mengelak debunya berterbangan sebelum menanam tau membuangnya ke dalam sungai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jika bilangannya banyak, kitab suci itu boleh diserahkan terus kepada Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Pelupusan al-Quran untuk dilupuskan mengikut syarak," ujarnya lagi.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.