close button

close button

Telefon Pintar Mampu Milik Di Malaysia April Ini

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR -  Telefon pintar baharu yang dilaporkan akan dipasarkan di Malaysia menjelang April ini, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Peranti yang berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Datuk Dr. Mohammed M. Daud, berkata syarikat DMB Mobile Sdn Bhd sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi "DMD Android Smartphone Communicator", yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75 G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini," katanya.

Menurut Mohammed, peranti itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudal aliih dan rangkaian sosial.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan," katanya.

Menurutnya, DMD Mobile juga akan memasarkan telefon itu ke Asia Selatan dan Timur Tengah.
"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Feb," katanya.

Beliau berkata, telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasti (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.