close button

close button

Tasha Shilla: Saya Akan Tetap Ke Kelab Malam

http://speakerpecah.blogspot.com

Pelbagai gosip dan kontroversi yang melanda pelakon jelita Tasha Shilla, 25, kini. Jika dahulu popularitinya kurang menyerlah namun segalanya berubah seiring dengan kerjaya seninya yang semakin berkembang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bukan satu atau dua, sebaliknya nama Tasha Shilla semakin mekar terpalit dengan cerita kurang enak antaranya yang terbaru beliau didakwa menari ghairah di kelab malam sempena sambutan hari lahirnya, mabuk dan lain-lain lagi sehinggakan masyarakat mula mengenalinya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tasha Shilla berkta, meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya berikutan kunjungannya ke kelab malam, namun semua itu tidak akan mengubah dirinya daripada terus mengunjungi tempat hiburan berkenaan.
"Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi.

"Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam."

Menurutnya, dia berharap agar kisah berunsur negatif yang dilemparkan kepada dirinya akan segera berakhir. Malah dia bersyukur segala dugaan yang mendatang membuatkannya lebih kuat dalam menghadapi ujian sebagai anak seni.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tahu bukan semua orang sukai dengan kita dan saya tidak boleh buat semua orang mempercayai kata-kata saya. Apabila kisah kontroversi saya keluar, saya ditemuramah oleh pihak wartawan dengan memberi penjelasan, untuk membersihkan nama saya juga.

"Tetapi boleh pula orang kata saya sengaja menegakan benang yang basah. Jadi saya malas hendak fikir banyak kerana tidak mahu menganggu karier saya."

Apabila ditanya sama ada dia selesa semakin dikenali hanya kerana kontroversi yang dicipta berbanding hasil kerjanya, Tasha Shilla menjawab:

"Sudah semestinya saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri saya. Saya tidak rasa pula sekarang saya semakin popular cuma saya semakin diterima ramai. Saya berharap cerita yang saya yang tidak elok yang acapkali terkena pada diri saya akan dapat dihentikan dan mahu bakat saya lebih diberi perhatian oleh peminat."

Lagi elok jika Tasha Shilla buat statement "Saya Akan Ke Surau/Masjid", barulah sejuk hati peminat yang tengok. LOL!
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com


Sumber: Murai

1 komen:

  1. KEPALA BANA...
    menghalalkn yg haram..apa nk jd...dunia akhir zaman ni...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.