close button

close button

Sinopsis & The Making Of... KL Gangster 2 (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

KL Gangster 2 merupakan filem versi kedua selepas kejayaan versi pertama pada Jun tahun lalu apabila berjaya mengutip keuntungan mencecah RM12 juta. Filem ini adalah arahan daripada pengarah muda terkenal, Syamsul Yusof yang akan dilancarkan tidak lama sahaja lagi. Dalam pada itu, Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem ini (KL Gangster 2: Prekuel) kepada KL Gangster2: The Beginning.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ini kerana beliau mahu mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah 'prekuel' yang digunakan sebagai judul filem tersebut.

KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, filem ini menelan kos penerbitan hampir RM3.3 juta. Filem ini masih mengekalkan pelakon utama yang lalu (KL Gangster 2011) antaranya Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri serta penampilan menarik selepas pelakon Rosyam Nor juga dijemput untuk membarisi sebagai pelakon utama di dalam filem ini.

Tetapi sebelum ini ada khabar angin mengatakan pelakon Ong Bak dari Thailand, Tony Jaa turut membintangi filem ini. Adakah benar ?

SINOPSIS KL GANGSTER 2:
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

Sementara itu,Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong. Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

http://speakerpecah.blogspot.com

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.

http://speakerpecah.blogspot.com

Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya? Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya? Sama-sama kita saksikan nanti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.