close button

close button

Saiful Apek, 3 Lagi Rakan Positif Dadah

http://speakerpecah.blogspot.com

PETALING JAYA - Seorang pelakon komedi popular, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya yang lain didapati positif dadah selepas seorang anggota polis selesai membuat ujian saringan air kencing sebelum memberitahu kepada Mahkamah Majistret, di sini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sarjan M. Sanggar, 48, berkata beliau menjalankan ujian air kencing terhadap Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, NOremy Mohamed, 28, selepas selesai melakukan satu operasi serbuan di sebuah rumah di bandar Sunway, dekat sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Hasil keputusan ujian air kencing itu mendapati kesemua tertuduh positif dadah,"kata saksi kedua pendakwaan.

Sanggar yang bertugas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata, beliau kemudiannya menyerahkan sampel air kencing kesemua tertuduh kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Rozila Razali untuk tindakan lanjut.

Pada 1 November lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada jam 11 malam, 12 Jun 2010.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terdahulu Pegawai Risikan CIf Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli, 31, yang bertindak sebagai ketua dalam operasi serbuan pada jam 10 malam bertarikh 12 Jun 2010 itu turut memaklumkan bahawa hasil serbuan di dalam rumah itu pasukannya telah menemui ganja.

Mohd Shaifuddin berkata, beliau telah mengarahkan Sanggar dan Rozlia untuk menjalan ujian air kencing terhadap kesemua tertuduh.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya menerima kesemua sampel ujian air kencing daripada Rozlia pada jam lebih kurang 11.15 malam dan pada jam 12.05 malam hari berikutnya (13 Jun 2010) saya menyerahkan botol spesimen air kencing mereka kepada pegawai penyiasat kes narkotik iaitu Inspektor Syed Mohd Rohayat Syed Ramlee.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kesemua tertuduh diwakili peguam Zambri Indrus dan Mohd Fadli Hashim.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung 27 Mac depan.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.