close button

close button

Safee Sali Dapat Pelepasan Sertai Latihan Bersama Harimau Malaya

http://speakerpecah.blogspot.com

Pihak pengurusan Pelita Jaya FC bersedia beri perlepasan kepada penyerang berbisa negara, Safee Sali untuk kembali dengan skuad Harimau Malaya meskipun tidak dapat menggunakan khidmat kapten pasukan itu bagi perlawanan penting menentang Persiwa Wamewa dalam kempen liga Super Indonesia (ISL) hujung bulan ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Safee Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali kembali disenaraikan bersama skuad seramai 27 pemain oleh ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bagi sesi latihan pusat dan perlawanan persahabatan antarabangasa menentang Sabah dan Filipina bermula 19 Februari sehingga 1 Mac depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pengurus pemain itu, Zakaria Rahim, masalah pelepasan Safee timbul apabila jadual perlawanan ISL berubah kerana Persipa Jayapura kembali dibenarkan beraksi dalam liga Juara-Juara AFC atas arahan Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan selepas kelab itu dinafikan hak kerana menyertai liga pemberontak, ISL.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Safee sepatutnya tidak ada masalah untuk menyertai latihan bersama skuad Harimau Malaya kerana pada asalnya perlawanan menentang Persipura dan Persiwa diadakan pada 15 dan 19 Februari, namun jadual berubah kerana Persipura dibenarkan bermain dalam Liga Juara-Juara AFC.

"Tarikh dua perlawanan itu telah ditukar pada 23 dan 27 Februari sekali gus akan bertembung dengan latihan pusat bersama skuad kebangsaan. Namun memandangkan Safee tidak boleh beraksi menentang Persipura kerana digantung perlawanan jadi dia hanya akan terlepas satu perlawanan saja menentang Persiwa.

"Selepas membuat perbincangan dengan pihak pengurusan Pelita Jaya, mereka sanggup melepaskan Safee untuk menyertai skuad kebangsaan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi Zakaria, kepulangan Safee ke tanah air akan menjawab persoalan mengenai status pemenang kasut emas Piala Suzuki AFF 2010 itu yang dilaporkan tidak layak menyarung jersi negara kerana beraksi dalam liga haram.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Safee mungkin akan pulang ke negara pada 21 atau 22 Februari ini dan kepulangannya dalam skuad kebangsaan pastinya akan melenyapkan persepsi negatif terhadapnya sebelum ini," katanya.



Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.