close button

close button

Remaja Maut Digilis Treler

http://speakerpecah.blogspot.com

GOMBAK -  Kegembiraan seorang remaja perempuan diterima bekerja selepas berjaya dalam satu temu duga di sebuah kilang di Ampang, di sini, bertukar tragedi yang memilukan apabila dia maut dalam nahas ngeri, petang semalam (Ahad).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa, Armiyati Ajis, 25, yang pada ketika itu membonceng motosikal bersama bapanya maut digilis sebuah treler di Kilometer 9 Lebuhraya Bertingkat MRR2, di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang sepatutnya memulakan kerja hari ini, baru sahaja pulang dari sesi temu duga dan berhasrat membawa berita gembira itu kepada ahli keluarganya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sumber daripada polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa dan bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Tanjong Karang, Kuala Selangor.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, ketika dalam perjalanan dari arah Batu Caves menghala ke sebuah bulatan, motosikal yang ditunggangi bapa mangsa berusia 53 tahun dipercayai bergesel dengan sebuah treler di laluan kanan jalan.

"Geselan itu menyebabkan mangsa dan bapanya tercampak di atas jalan, akibat tidak sempat memberhentikan motosikal, treler yang sama menggilis sebahagian tubuh mangsa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mangsa mati di tempat kejadian, manakala bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih terkejut dan trauma dengan kejadian pantas itu," katanya.

Pihak polis berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kemalangan ngeri itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii ditalian 03-61262257 untuk membantu siasatan.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.