close button

close button

Puntung Rokok Punca Pangsapuri Terbakar

http://speakerpecah.blogspot.com

NILAI  -  Sebanyak 14 unit kediaman di Pangsapuri Taman Semarak di sini, hangus dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 malam, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Dalam kejadian itu, keseluruhan tingkat empat di sebuah blok di pangsapuri itu musnah dijilat api, dipercayai berpunca daripada puntung rokok.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 malam dan mengambil masa lapan minit untuk tiba ke lokasi kejadian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Setiba di lokasi, api dilihat sudah semakin marak berikutan keadaan angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Semua rumah di tingkat empat pangsapuri terbabit musnah dan kami berjaya memadamkan api daripada terus merebak ke tingkat lain selang setengah jam kemudian," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Zainal, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Mantin berserta 18 anggota termasuk dari Senawang diarahkan ke lokasi kejadian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Walaupun tingkat empat pangsapuri ini tidak berpenghuni, namun kami percaya ia dijadikan tempat tinggal oleh gelandangan warga asing," katanya lagi.

Zainal berkata, kejadian itu adalah kali kedua berlaku di pangsapuri yang sama pada tahun ini.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.