close button

close button

Proton Dijangka Perkenalkan Model P3-21A Bulan Depan (4 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Proton Holdings Bhd sekali lagi akan memperkenalkan model terbaru mereka, P3-21A iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global kini, pada pertengahan bulan depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, model yang dikenali nama kod P3-21A ini akan dijual pada harga serendah RM60,000 -RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasioanl yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga berpatutan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Menurut sumber lagi, model terbaru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan banyak pilihan kepada pengguna.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, model terbaru itu akan menepati piawaian antarabangsa yang ditetapkan bagi sesebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi cir-ciri keselamatan termasuk empat beg udara (air bag), sitem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Menurut kenyataan itu lagi, selain ciri-ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahupun utliti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain itu juga, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut dinaik taraf dengan dilengkapi sistem bacaan kilometer iaitu Trip A, Trp B, dan Trip C, selain pelbagai maklumat yang akan berfungsi memberi amaran sekiranya bateri pada kunci lemah.

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com




Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.