close button

close button

Pondok Tol Roboh Dirempuh Treler

http://speakerpecah.blogspot.com

LUNAS -  Seorang pekerja tol di Plaza Tol Lebuhraya Butterworth Kulim Ekspress nyaris maut apabila pondok tol yang dikawal roboh setelah dirempuh sebuah treler sarat dengan muatan kayu balak kira-kira jam 2.45 petang semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pekerja tol yang berada di tempat kejadian berkata, mereka telah menghalang treler itu daripada melalui lebuh raya terbabit sebaliknya menggunakan jalan lama dari lunas ke Seberang Jaya memandangkan muatan dibawa terlalu lebar.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami sudah memaklumkan kepada pemandu treler bahawa muatan yang dibawa terlalu banyak dan lebar, ini mengakibatkan laluan tol menjadi sempit. Dia hanya tersenyum dan meneruskan juga perjalanannya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pekerja tol yang ketika itu berada dalam pondok berkenaan melarikan diri sebelum pondok tersebut roboh. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa terhadap mana-mana pihak," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melihat keadaan plaza tol yang roboh itu, pemandu treler terbabit melarikan diri sebelum membuat laporan polis di Seberang Jaya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.