close button

close button

Pokok Pisang Bertandan Tiga & Lima Jantung

http://speakerpecah.blogspot.com

JAWA TENGAH - Pada kebiasaannya pokok pisang yang normal hanya mampu mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah di sini mempunyai keajaiban tersendiri apabila ia mempunyai tiga tandan pisang dan lima biji jantung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pemilik pokok pisang setinggi empat meter itu, Sarman, 64, setiap tandan tersebut mempunyai tujuh hingga lapan biji pisang serta lima biji jantung.

"Dua biji jantung ini tumbuh di bahagian paling atas, manakala dua lagi jantung di bahagian paling bawah dan bakinya di bahagian tengah pokok tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang petanda mengenai pokok pisang aneh ini," katanya.

Menurut Sarman, dia menyedari hal itu ketika sedang membersihkan laman rumahnya pada dua minggu yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, pokok itu turut menarik perhatian jira-jiranya yang tidak putus-putus datang ke rumahnya untuk melihat pokok itu.

Sarman berkata, dia menganggap keanehan itu mungkin disebabkan pengaruh genetik pokok terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya bertekad untuk menjaga pokok pisang ini sehingga buahnya masak dan hasilnya boleh dimakan bersama anak dan isteri.

"Jika ada jiran yang teringin mencuba itu nanti, saya tidak keberatan untuk memberikannya kepada mereka," katanya lagi.



Sumber: Melayu Kini

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.