close button

close button

Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-22 2013 Bermula 23 Jun Hingga 3 Julai 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

Hasrat Malaysia untuk menjadi tuan rumah saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia B-22 2012, 23 Jun hingga 3 Julai depan, menghadapi kesukaran ekoran masalah stadium serta jadual padat liga domestik. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun menyokong untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan berkenaan namun perlu mengkaji beberapa perkara sebelum membida.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Stadium Nasional Bukit Jalil pasti tidak dapat dijadikan tempat perlawanan kerana kerja-kerja membaik pulih bumbungnya bermula April ini. Manakala Stadium Shah Alam atau Stadium MBPJ, Kelana Jaya pula berdepan jadual padat Liga Super sepanjang Jun dan juga Julai menyebabkan berlakunya kekangan dan pasti memerlukan penangguhan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Untuk makluman semua, skuad B-21 negara yang dikendali jurulatih Ong Kim Swee dijadual akan bertemu Korea Selatan pada 23 Jun 2012, Filipina (25 Jun 2012), Taiwan (28 Jun 2012), Vietnam (30 Jun 2012) dan myanmar (3 Julai 2012) bagi merebut dua slot ke pusingan akhir, tahun depan.

JADUAL PERLAWANAN KELAYAKAN MALAYSIA

Malaysia vs Korea Selatan 23 Jun 2012

Malaysia vs Filipina 25 Jun 2012

Malaysia vs Taiwan 28 Jun 2012

Malaysia vs Vietnam 30 Jun 2012

Malaysia vs Myammar 3 Julai 2012

KEDUDUKAN KUMPULAN KELAYAKAN PIALA ASIA U22 2013

Kumpulan A | UAE, Iraq, Oman, India, Turkmenistan, dan Lebanon

Kumpulan B | Saudi Arabia, Syria, Pakistan, Palestin, Kyrgyzstan dan Sri Lanka

Kumpulan C | Bahrain, Iran, Tajikistan, Qatar, Kuwait dan Maldives

Kumpulan D | Uzbekistan, Jordan, Yaman, Bangladesh dan Nepal

Kumpulan E | Australia, Japan, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor-Leste

Kumpulan F | Korea Utara, China PR, Thailand, Hong Kong, Laos dan Kemboja

Kumpulan G | Korea Selatan, Vietnam, Malaysia, Myanmar, Chinese Taipei dan Filipina


Sumber: Ammboi, SANoktah

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.