close button

close button

Penduduk Cemas Bumbung Pangsapuri Tercabut (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


SHAH ALAM -  Lebih 100 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Melur, Cendana, Melati dan teratai di Seksyen U16, Bukit Subang, di sini, terpaksa dipindahkan ke penemptan sementara selepas kejadian ribut ketika hujan lebat semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mereka yang dipindahkan itu membabitkan keluarga yang kebanyakannya penghuni di tingkat atas empat pangsapuri berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mereka dipindahkan ke surau di pangsapuri terbabit, selain mangsa yang tinggal sementara di rumah saudara masing-masing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian jam 3.25 petang itu, lebih 20 buah kenderaan milik penduduk mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seorang mangsa yang sarat mengandung, Roshidah Daud, 35, berkata dia tidur bersama anak bongsunya berusia dua tahun apabila dikejutkan anak sulungnya memberitahu hujan lebat dan angin kencang mula berlaku pada petang itu.

"Saya bangun dan terdengar bunyi bising sebelum mendapatkan semua anak yang masih kecil untuk berkumpul dalam satu bilik.

"Ketika itu saya tidak lihat bumbung rumah saya terangkat sebelum ia jatuh semula dan rumah mula bergegar.

"Saya memeluk erat semua anak sambil memohon kepada Tuhan supaya kami selamat," katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com


Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin yang meninjau tempat kejadian berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan ia kali pertama berlaku di kawasan itu.

"Ketika kejadian, mangsa terbabit bermalam di surau berdekatan serta rumah saudara-mara mereka. Jumlah kerugian mungkin mencecah ratusan ribu ringgit dan kami cuba untuk mencari sumber bagi menyalurkan bantuan kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi pihak Hariam Metro berkata, pihak bomba dan penyelamat menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian ribut itu pada jam 3.55 petang.

"Sebanyak dua jentera masing-masingdari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai buloh dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat  kejadian dengankekuatan anggota seramai 11 orang.

"Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, hujan dan ribut sudan reda dan anggota memotong pokok serta membersihkan kawasan terbabit," katanya lagi.



Sumber: myMetro, Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.