close button

close button

Pejabat Apex Di Kota Bharu Disimbah Cat Hitam

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - Belum pun reda gosipnya selepas dikaitkan dengan Leuniey, kini cerita lain pula yang terjadi. Semalam, pejabat Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd milik penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah disimbah cat dipercayai perbuatan khianat.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengurusnya, Syed Ahmad Syed Mohd Yusof berkata, beliau mengetahui tentang kejadian itu setelah dimaklumkan pekerjanya yang tiba di pejabat pagi semalam, sebelum mendapati pejabat yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, di sini disimbah cat hitam.

"Ini merupakan kejadian kali ketiga pejabat KFR disimbah cat hitam. Ketiga-tiga kejadian berlaku dalam bulan ini iaitu 5, 10, dan 12 Februari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami tidak tahu angkara siapa dan apa motif sebenar mereka," katanya.

Menurut Syed Ahmad, beliau percayai kejadian tersebut berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi kerana ketika itu suasana di kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Apex (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini, jika sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi dalam kejadian semalam, kami menemui satu bungkusan plastik cat yang mungkin boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan dalangnya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi, 23, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira ham 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

"Saya dan Apex telah membuat laporan polis dan kami serahkan kes ini kepada polis untuk menyiasat. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu menyelesaikan kes ini," katanya.

Syed Ahmad berkata, bagaimanapun kini apa yang lebih membimbangkan ialah keselamatan Apex.

"Bia berlaku kejadian seperti ini, Apex turut bimbang, manalah tahu dia pula yang dicederakan selepas ini, sebab itulah kami buat laporan polis, tetapi rasanya tak ada masalah sebab Apex sekarang sudah ada pengawal peribadi sendiri yang sentiasa mengiringi pergerakannya," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Apex menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut Apex, dia kan memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi memudahkan urusan sepanjang siasatan dijalankan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tak nak kome apa-apa berhubung apa yang telah terjadi, dan semuanya saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.