close button

close button

Osama Pernah Idam Kahwini Whitney Houston

http://speakerpecah.blogspot.com

RABAT -  Bekas pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden didakwa pernah 'mengidam' untuk mengahwini mendiang Whitney Houston, malah pada satu ketika merancang untuk membunuh suami penyanyi itu, Booby Brown, menurut satu buku baru.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dakwaan itu dibuat penulis kerketurunan Sudan, Kola Boof, yang dikatakan tinggal bersama Osama sebagai perempuan simpanannya.

Ia berlaku pada tahun 1996 dan beberapa tahun kemudian Osama mendalangi serangan paling dasyat terhadap Amerika Syarikat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, ketika di Maghribi, Osama memikirkan perkara lain termasuk seks, menghisap kanabis dan menari lagu kumpulan pop barat seperti B52s dan Van Halen.

Boof atau nama sebenarnya Naima Harith mendakwa diperlakukan seperti hamba seks oleh Osama, berkta pemimpin al-Qaeda itu berkata, Houston wanita paling cantik yang pernah dilihatnya dan teruja untuk mengahwini bintang pop itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam autobiografi diterbitkan pada 2006, Boof mendakwa Osama membunuh Brown sebelum menggoda Houston dengan memberikannya sebuah rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut cerita asal, Osama menghisap kanabis sebelum mengumumkan dia rela melanggar peraturan warna dan menjadikan Houston salah seorang isterinya.

Osama didakwa percaya Hosuton beragama Islam tetapi diresapi budaya Amerika. Boof mendakwa Osama memarahinya kerana bertoncang dan mengarahkan dia bergaya seperti Houston.

"Osama bertanya sama ada saya kenal akan Houston secara peribadi ketika saya menetap di Amerika dan saya berkata tidak. Katanya dia memang mahukan Whitney Houston. Walapun mendakwa muzik itu jahat, Osama berkata memperuntukkan banyak wang untuk ke Amerika dan cuba mengatur pertemuan dengan penyanyi itu.

"Ia tidak mustahil bagi saya. Katanya dia mahu berikan rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum kepada Houston. Osama menjelaskan kepada saya bahawa dia rela melanggar peraturan warna yang dibuatnya semata-mata untuk memliki penyanyi itu dan menjadikannya sebagai isteri. Sampai satu ketika saya bosan mendengar nama Whitney Houston," kata Boof menerusi tulisan di dalam bukunya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Cerita Boof mula muncul pada thaun 2002 apabila akhbar Guardina emnyiarkan artikel yang mendakwa dia dipaksa mengaku mengadakan hubungan seks dengan Osama bagi menyelamatkan taraf warganegara Amerika yang dimilikinya.

Kemudian, dalam temubual dua bahagian dengan MSNBC dia digelar "Bekas Wanita Simpanan Osama Bin Laden".

Ketika sebahagian mendakwa Boof sengaja mengada-ngadakan cerita dan mustahil kerana berdarah Afrika-Amerika, Boof tegas dengan ceritanya dan mendakwa bahawa dua daripada 25 anak Osama berkulit hitam dan neneknya yang berasal dari Syria juga dipercayai wanita kulit hitam.




Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.