close button

close button

Najwa Latif Tak Patah Semangat Dipersendakan Segelintir Pihak

http://speakerpecah.blogspot.com

PETALING JAYA - Penyanyi popular dengan lagu "Cinta Muka Buku", Najwa Latif berkata dia enggan melatah atau patah semangat dengan sikap segelintir pihak yang iri hati dengan perkembangan nyanyiannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Penyanyi berusia 17 tahun itu berkata dia sentiasa berpegang teguh pada pesanan ibunya agar bersikap tenang dan matang dalam menghadapai pertikaian pihak yang kurang senang dengan apa yang dikecapinya kini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya sentiasa ingat pesanan ibu dalam kehidupan ini pasti akan ada orang yang suka dan tidak suka dengan apa yang kita lakukan. Saya tidak akan melatah dan selesa untuk berdiam diri.

"Lebih baik saya fokus pada pelajaran dan perjuangan muzik saya daripada memikirkan kata-kata negatif orang lain," katanya.

Ketika ditanya mengenai pertikaian segelintir pihak terhadap kualiti lagu popularnya "Cinta Muka Buku" yang bukan hanya mencetuskan fenomena, malah turut mara ke pentasa akhir Anugerah Juara Lgu ke-26 (AJL26) pada 29 Januari lalu, Najwa berkata ia adalah peluang dan rezeki yang ditentukan oleh Tuhan.

"Saya terima semua pandangan negatif itu dengan hati terbuka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mungkin kerana saya baru berusia 17 tahun da setakat itu sahaja kemampuan saya berkarya buat masa ini. Maka, ada yang anggap lagu saya tidak berkualiti.

"Apa pun, saya akan terus belajar untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran bermain muzik untuk menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada masa depan," katanya.

Menjawab dakwaan terbaru kononnya dia dipersendakan oleh beberapa penyanyi senior di belakang pentas dengan tujuan untuk melemahkan semangatnya sebelum bertanding pada AJL26, Najwa berkata dia tidak pasti jika perkara itu benar-benar terjadi.

"Saya masih orang baru dalam dunia seni ini dan saya menghormati semua artis yang lebih senior. Saya tidak pasti jika dakwaan tersebut benar-benar berlaku.

"Mungkin kalau pun ia berlaku, saya tidak patah semangat kerana saya hanya memperjuangkan muzik saya sahaja," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Najwa Latif yang bakal muncul dengan album pertamanya pada Mac depan baru sahaja berkongsi pentas dengan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search dalam acara persembahan bersempena sambutan Maulidur Rasul di Terengganu, malam Sabtu lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada hari ini (Isnin), penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor ini terlibat dalam persembahan kerohanian bersama pendakwa bebas Sham Kamikaze di kawasan Ampang, Selangor, juga bersempena sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.


Sumber: mstar online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.