close button

close button

Muka Pengacara TV Dibaham Anjing (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

DENVER -  Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen di sini, dikejarkan ke hospital selepas mukanya dipercayai dibaham seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Media semalam melaporkan, haiwan seberat 39 kilogram itu, Max, membaham muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakam sepasukan anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas dipercayai tergelincir.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pengawai kawalan haiwan, manakala pemiliknny, Michael Robinson, didenda.

KUSA-TV berkata, Kyle kini stabil dan semakin pulih di sebuah hospital di Denver.

"Pasukan trauma sedang menilai kesan kecederaan di muka Kyle," katanya.

Sementara itu, Robinson berkata, dia bersiar-siar dengan Max pada Isnin lalu apabila anjing itu ternampak seekor serigala dan mengejarnya.

Menurut pihak berkuasa, Max terperangkap dalam tasik itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menyelamatkannya.

Ekoran insiden itu, KUSA-TV menjemput Robinson, Max serta anggota bomba berkenaan  untuk ditemubual KUSA-TV berkata, insiden serangan Max itu dipotong daripada siaran, tetapi sebahagian daripada klip berkenaan kemudian didedakan untuk tatapan umum.

Sementara itu, Pengarah Kawalan Haiwan Denver, Doug Kelley, berkata, kecederaan dialami Kyle agak serius.



Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.