close button

close button

Mualaf Dipaksa Mentua Langkah Al-Quran

Ikmal menunjukkan tiga laporan polis yang dibuat kepada Jais.


KUCHING - Seorang saudara baru (mualaf) mengadu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) selain membuat laporan polis apabila beliau didakwa telah dikenakan syarat pelik oleh keluarga mentuanya dengan memaksanya untuk melangkah al-Quran sebelum dibenarkan mendapatkan kembali isteri dan anak-anaknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini, Mohd ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang juga beragama Islam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Ikmal mendakwa, setiap kali berbuat demikian, kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Dia juga mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disembe 2008 ketika dia datan ke rumah mereka bagi menuntut kembal isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.

"Kunjungan saya pada hari itu hanyalah untuk menjemput isteri dan anak-anak pulang ke rumah, tetapi malangnya, mentua serta kakak ipar meminta saya melangkah al-Quranterlebih dahulu untuk melihat sama ada saya mengamalkan sihir ataupun tidak.

"Saya tiada pilihan kerana jika tidak memenuhi syarat itu, saya akan hilang isteri dan anak. Sebelum ini, isteri pernah lari meninggalkan saya serta dua anak selama enam bulan sebelum kembali semula ke rumah," katanya yang kini menetap bersama anak bongsunya di Matang Jaya.

Mengimbas kejadian pertama yang berlaku jam 6 petang pada 21 Disember 2008, Ikmal berkata, selain diarahkan melangkah al-Quran, dia turut dipaksa menandatangani surat perjanjian cerai tanpa sebab, malah lebih mengejutkan surat ditulis tangan itu dicop serta ditandatangani ketua kampung isterinya.

"Dalam surat itu, tertulis tiga perjanjian antaranya meminta saya memberi kehidupan baik untuk isteri dan anak, tidak mendatangkan kemudaratan serta mereka berhak mengambil sebarang tindakan terhadap saya jika berlaku sesuatu ke atas anak dan isteri," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian melangkah al-Quran pada 2008 itu terpaksa dilakukan sebanyak tujuh kali dan terbaru pada Disember tahu lalu apabila keluarga mentuanya sekali lagi mahukan dia melakukan perbuatan sama ketika mahu menuntut kembali isteri dan anak pulang ke rumah.

"Saya dan isteri telah berkahwin pada September 2005, namun rumahtangga kami mula bergolak selepas campur tanga keluarga mentua dan ia berlarutan  sehingga hujung tahu lalu apabila isteri lari dari rumah," katanya.

Menurut Ikmal, dia kini dalam proses bercerai selepas isterinya yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah resort di Sematan, menuntut cerai taklik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya sebenarnya tidak mahu menceraikan isteri kerana masih sayang terhadapnya dan anak, tetapi terpaksa berbuat demikian selepas tidak tahan lagi dengan tindak tanduk dia dan keluarganya.

"Saya tampil bukan membuka aib sesiapa, tapi meminta pihak tertentu menolong bagi membolehkan saya bertaubat dan berharapa dosa saya diampunkan Allah," katanya.



Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.