close button

close button

MOSTI Jawab Isu Bunyi Aneh Di Kota Samarahan (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


SHAH ALAM - Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan bunyi yang datang dari kaki langit berlaku di Kota Samarahan pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang sawit di Kampung Endap.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit sehingga mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysua (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.

"Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan HAARP yang dijalankan di Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul bunyi aneh dari kaki langit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Yusmizan memberitahu pihak kami, tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pihak kami dan saki-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih mejalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu," katanya.

IMBAS KEMBALI - Bunyi Aneh Di Kaki Langit Kota Samarahan, Sarawak

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.