close button

close button

Misha Omar Selamat Bertunang

http://speakerpecah.blogspot.com

Tahniah diucapkan kepada penyanyi popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta, Misha Omar, 30, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya, Firos Ezzwan Rossly iaitu seorang juruterbang MAS.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pasangan sama umur itu telah melangsungkan pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Misha Omar di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dengan pertunangan ini, ianya juga sekali gus akan menamatkan segala spekulasi mengenai status dirinya yang dikatakan sudah berkahwin sebelum ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Misha yang anggun dalam persalinan baju kurung klasik rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran dan berbalas lima.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Misha bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahannya namun menjelaskan jika tiada aral melintang, akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.


“Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir.

“Hubungan rapat mereka telah membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya,”

Menurut Misha, dia berharap agar semua peminatnya mendoakan impiannya untuk bergelar seorang isteri terlaksana.

“Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.

“Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

“Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi,”

Tahniah sekali lagi kepada Misha & Firos daripada kami.




Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.