close button

close button

Miera Liyana & Shah Jaszle Sah Putus Cinta

http://speakerpecah.blogspot.com

Dikhabarkan sepasang kekasih dahulunya beria-ria mabuk bercinta, tetapi kali ini lain pula jadinya. Pasangan kekasih yang dimaksudkan ialah Miera Liyana dan Shahrizal Jaszle yang dikatakan telah putus cinta. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Miera Liyana.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Berkata kepada portal Murai, Miera Liyana berkata cinta mereka putus kerana kehadiran orang ketiga. Kata Miera Liyana:

Memang hubungan cinta kami telah berakhir disebabkan kehadiran orang ketiga. Segala keputusan dibuat berdasarkan bukti yang saya simpan dan bukan senang untuk dia memperbodohkan saya. Jika kesilapan yang dilakukan pertama kali bolehlah dianggap tidak sengaja, namun sekiranya berlaku berkali-kali itu namanya pilihannya sendiri.Bagi saya dalam sesebuah hubungan, kejujuran itu penting dan sekiranya kejujuran itu telah dikhianati, tidak ke mana cinta tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila ditanya tentang pembantu peribadi Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle yang dikatakan menjadi punca kerengganan hubungan mereka, Miera Liyana menjawab:

Saya lebih mengenali Shahz daripada pembantu peribadinya. Jadi tidak timbul saya dihasut dan sebagainya. Saya bukan jenis yang suka terburu-buru dan bertindak tidak tentu hala. Saya bertindak selepas ada bukti dan mempercayai sesebuah cerita itu berdasarkan bukti sendiri.

Buat masa ini, Miera Liyana tidak menolak sekiranya hubungan cinta mereka akan bertaut kembali.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Sumber: Beautiful Nara

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.