close button

close button

Melia Aimiellia Tolak Dakwaan Persamaan Cincin dan Fizikal (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah individu yang berbogel dalam sebuah screenshot video yang mula tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melia atau nama sebenarnya Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend remaja sekarang.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,”  katanya.

Menurut Melia, dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

“Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.

“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila ditanya adakah dia menganggap penyebaran screenshot video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya sendiri yang pernah mengguris perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.

“Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari,” katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Diharapkan semua pihak dapat menerima penjelasan daripada Melia itu sendiri dengan hati yang terbuka. Mungkin ianya adalah pelanduk dua serupa dan mengenai persamaan cincin itu mungkin juga ia adalah kebetulan sahaja.


Sumber: mStar Online

1 komen:

  1. hahha. ade org nak percaya ke? btw, sape melia ni? gua xpenah kenal pun..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.