close button

close button

Mawi & Ekin Pilih Nama 'Cahaya Malaika'

http://speakerpecah.blogspot.com

Mawi dan Ekin telah pun menamakan anaknya yang baru sahaja dilahirkan pagi semalam iaitu Cahaya Malaika. Menurut Mawi yang dihubungi oleh portal hiburan GUA berkata, nama tersebut membawa makna cahaya permaisuriku. Difahamkan, Cahaya Malaika merupakan nama pilihannya dan Ekin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu,” ulas Mawi.

Rata-rata peminat ingin melihat sekali wajah puteri sulung mereka namun Mawi tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu berkongsi gambar itu buat masa ini kerana dia tidak selesa menunjukkan wajah puterinya itu kepada umum.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti,”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut entri kami semalam, Ekin selamat melahirkan Cahaya Malaika kira-kira jam 4 pagi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.




Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.