close button

close button

Malek Noor Nikah Doktor Pakar 12 Mac 2012 Depan

http://speakerpecah.blogspot.com

Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar pada 12 Mac depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Bharu, Kelantan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majlis resepsi perkahwinan mereka pula akan diadakan sehari selepas itu bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Menurutnya, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadap dirinya selain bersifat penyayang.

"Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri," katanya.

Malek yang masih mahu merahsiakan identiti bakal isterinya berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.

Menurut Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbul perasaan sayang dalam diri masing-masing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sejak hari itu, kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri yang sah," katanya.

Malek berkata, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada boleh menerimanya dalam keluarga mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Malek berkata, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik bersejarah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke tanah suci Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Katanya, semasa berada di mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah bertemu dengan wanita berkenaan.

"Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudahkan doa-doa saya. Syukur sekali," katanya.

Beliau sebelum ini mengaku tidak perbah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid di KLCC yang terletak berdekaran rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.




Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.