close button

close button

Majlis Resepsi Yusry KRU & Lisa Surihani Meriah

http://speakerpecah.blogspot.com

Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, pasangan merpati dua sejoli iaitu Lisa Surihani & Yusry KRU mengadakan pula majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua nelah pihak, kenalan artis dan rakan media.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bertemakan ala 'French Vintage' yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh Entourage, Lisa Surihani kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu berwarna sedondon yang juga rekaan Putra.

Suasana dewan yang dihiasi paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.

Acara bermula pada jam 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seperti biasa, acara berbalas pantun turut disertakan sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.

Antara selebriti tanah air yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, kumpulan Rabbani dan ramai lagi.

Difahamkan, perkahwinan ini adalah kali kedua buat Yusry KRU manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum ini, Yusry pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.



Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.