close button

close button

Lisa Surihani Jaga Pantang Sebelum Nikah

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR -  Hanya berbaki tiga hari sahaja lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang 'darah manis' apabila tidak bertemu dengan bakal suaminya, Yusry KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, "Ular", 10 Februari lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lisa Surihani, 25, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Yusry, 38, Khamis (23 Februari 2012)  ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan.

Majlis resepsi pula kan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.

"Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak ‘dating’, malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan,”

Menurut Lisa, baru-baru ini dia ada mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.

“Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry,” katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengulas mengenai warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih sekali gus melambangkan kesucian.




Sumber: myMetro

1 komen:

Powered by Blogger.