close button

close button

Leuniey Dianggap Gadis Bijak & Cantik

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, gadis yang tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, baru-baru ini, disifatkan mempunyai pakej lengkap 'beauty with brain' (jelitawan bijak).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada usia muda, dia bijak merangka masa depan dengan memiliki dua butik pengantin, mempunyai kemahiran dalam bidang solekan dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan di internet.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Leuniey berkata, ketika rakan seusiannya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menikmati zaman muda dengan keluar bersama rakan, dia menumpukan hampir semua masanya dengan menguruskan perniagaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sepatutnya, selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya emlanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi saya memilih untuk menguruskan perniagaan keluarga. Saya nekad untuk serius dalam bidang ini untuk masa depan cemerlang.

"Saya juga mengambil kursus solekan di Jakarta, Indonesia sebagai pelengkap perniagaan diuruskan. Selain itu, ibu dan ayah membantu beri tunjuk ajar bagaimana menguruskan perniagaan butik pengantin," katanya ketika ditemui di butiknya.

Sebelum ini, Leuniey menjadi buah mulut orang ramai apabila didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Apex, membuatkan dia tampil memberi penjelasan sebenar dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas wajah Leuniey terpampang di hampir semua akhbar arus perdana, dia mula menjadi sebutan, malah namanya yang dulu tidak popular kini menjadi sebaliknya apabila mencatatkan ribuan carian mengunakan namanya.

Menurut Leuniey, selain perniagaan butik pengantin, dia mencuba menjual produk kecantikan di Internet dan mengadakan kelas solekan pada hujung minggu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Usaha menjual produk kecantikan di Internet nampaknya berbaloi dan saya bercadang menghasilkan produk kecantikan sendiri, tahun depan.

"Pada masa sama, saya merancang mahu membuka sebuah lagi butik pengantin di Kuala Lumpur. Beginilah kehidupan saya yang kebanyakannya tertumpu kepada perniagaan dan bidang solekan sahaj," katanya.

Ditanya bagaimana kehidupannya selepas tidak semena-mena terpalit kontroversi, Leuniey menganggap kehidupannya biasa saja.

"Saya bukan mencari glamor, tetapi mahu memaklumkan perkara sebenar supaya tidak timbul kekeliruan. Memang ada yang memandang sinis, tetapi saya tidak peduli.

"Yang penting, saya sifatkan segala yang berlaku sebagai dugaan dan membantu mematangkan diri. Saya tak layan sangat pun... buat pening kepala saja," katanya lagi.

Menurut anak sulung daripada lima beradik ini, dia kini tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana ingin memberi tumpuan kepada perniagaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagaimanapun, jika ditakdirkan menemui pilihan hati dan ada jodoh, saya terima," katanya.

Leuniey yang meminati bidang perniagaan turut menyimpan impian untuk menjadi seorang model iklan komersial, namun sehingga kini belum terlaksana akibat faktor jarak dan masa.

"Dulu, saya pernah mendapat tawaran untuk menjadi model iklan komersil, tetapi kerana saya tinggal di Kelantan, sukar untuk memenuhi undangan itu. Pada masa sama, saya sibuk dengan perniagaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagaimanapun, satu hari nanti, jika kelapangan, saya akan berusaha memenuhinya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika ditanya rahsia kecantikan, Leuniey memberi tahu bahawa dia mengambil vitamin dan makanan tambahan, selain mengamalkan air kosong secukupnya.



Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.