close button

close button

Lelaki Ditemui Mati Tergantung Depan Rumah

http://speakerpecah.blogspot.com

KAPAR -  Seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai juruelektrik swasta ditemui mati berhampiran di kediamannya di Jalan Sungai Kapar indah 6C, Taman Sungai Indah, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa yang dikenali sebagai Kong Ben Chung, 52, dikatakan sempat memohon maaf daripada isteri, keluarga dan rakan melalui sepucuk surat yang ditulis sendiri sebelum ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok oleh orang ramai yang  melalui kawasan itu kira-kira jam 7.15 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melalui surat yang ditemui dalalam seluar mangsa turut menyebut, mendiang meminta isterinya melangsaikan segala hutang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Manga yang disahkan menghidap kanser otak itu dipercayai bertindak sedemikian kerana mempunyai kaitan dengan masalah hidup yang dihadapi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Kalng Utara, Superintendan Mohamad Sulong berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang ramai sebelum sepasukan anggotanya bergegas ke rumah teres dua tingkat milik mangsa.

Mohamad Shukor berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok dan dipercayai mangsa menggantungkan diri dengan menggunakan tali keselamatan elektrik.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa sudah mati akibat jerutan pada leher menggunakan tali keselamatan elektrik yang dipercayai milik mangsa sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan makluman daripada isteri mangsa, suaminya masih berada dalam biik tidur kira-kira jam 3 pagi.

Bagaimanapun, dia tidak menyedari bila suaminya keluar dari bilik dan menghampiri pokok dihadapan rumah mereka.

Katanya, berdasarkan keterangan isteri mangsa, tiada sebarang salah faham berlaku antara mereka, tetapi Ben Chung dikatakan sanggup bertindak sedemikian kerana tertekan selepas disahkan menghidapi kanser otak, baru-baru ini.

"Siasatan polis terhadap mangsa juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kita percaya mangsa bertindak memanjat pokok dihadapan rumahnya dengan mengikat badan menggunakan tali keselamatan elektrik sebelum terjun," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan kes diklisifikasikan sebagai mati mengejut.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.