close button

close button

Lelaki Bunuh Bekas Isteri, Serang 3 Anak Kandung (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Alor Setar - Seorang lelaki bertindak ganas apabila dia memandu kereta dan merempuh pagar rumah sebelum membakar sebuah kereta jenis Myvi milk bekas isterinya selain bertindak lebih kejam dengan menetak wanita itu di kepala, badan dan lengan sehingga mati.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lelaki yang berusia 54 tahun itu dipercayai mengamuk di rumah bekas isterinya di Jalan Saga 6, Taman Saga, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam gara-gara ada perselisihan faham dalam keluarganya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ung Siew Lin, 46, maut dalam kejadian itu manakala anak angkatnya, Chn'g Sheve Mei, 26, kini dalam keadaan kritikal, juga akibat ditetak di kepala oelh suspek.

Difahamkan, tiga lagi anak permpuan Ung, WOng Chew Ying, 26, Chew Shen, 22, WOng Chew Wei, 21, turut cedera dalam kejadian itu akibat diserang bapa mereka, namun keadaan mereka tidak serius.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakarian Ahmad, berkata, selepas melanggar pagar rumah dan membakar kereta bekas isterinya, suspek juga menyerang wanita itu dan tiga anak perempuannya serta anak angkat mangsa menggunakan parang yang dibawanya.

"Ung yang cedera parah ditetak di kepala, perut dan lengan berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalananan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Anak angkatnya yang turut cedera ditetak oleh suspek, dihantar ke hospital oleh jiran dan keadaannya kini kritikal di unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Mohd Zakaria, ketiga-tiga anak kandung mangsa yang cedera, dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya percaya kes itu bermotifkan masalah keluarga kerana suspek dikatakan sering datang ke rumah bekas isterinya sejak tiga tahun lalu.

“Suspek ditahan hasil bantuan jiran mangsa sebelum dihantar ke HSB untuk rawatan kerana lelaki itu juga cedera ketika pergelutan dengan mangsa,” katanya.

http://speakerpecah.blogspot.com

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sumber: myMetro

2 komen:

  1. mane satu ni..kejap kata 3 orang anak kandung pastu pula 3 orang anak angkat..last 3 orang anaj kandung balik...aiya mne satu niiii...

    ReplyDelete
  2. maaf, terlepas pandang..hehe.
    3 anak kandung dan 1 anak angkat, dah diperbaiki.

    terima kasih kerana menegur (;

    ReplyDelete

Powered by Blogger.