close button

close button

Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui Di Turki

http://speakerpecah.blogspot.com

ANKARA - Sebuah naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mngandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk meliaht kitab itu yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay berkata, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahu ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan sebagai Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahakan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap pada pader: "Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu ? Dia Mohammed adalah nama diberkati."

Dalam satu catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang daripada golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Menurut Gunay, kitab injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku tersebut, yang ditemui di Turki ketika operasi anti-penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lami sahaja lagi. salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskirp bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata, buku versi itu dikatakan dari abad kelima dan keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh nabi Isa.



Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.