close button

close button

Kim Swee Sahut Cabaran Mahu Kalahkan Jepun

http://speakerpecah.blogspot.com

“BILA lagi kita berpeluang berdepan pasukan kelas dunia seperti Jepun selepas ini? Justeru, saya pasti menurunkan pasukan terbaik sekali gus menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri (Ahmad Shabery Cheek).” Itulah azam dan tekad yang dilaungkan pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia peringkat Kumpulan C yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini (22 Februari 2012).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Kim Swee, nestapa tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi pertama di Stadium Tosu Fukuoka pada September tahun lalu hasil jaringan Higashi Keigo dan Yamazaki Ryoheu seolah-olah baru sahaja terjadi semalam. Justeru katanya, harapan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk seri Ahmad Shabery Cheek dan jutaan peminat bola sepak tempatan pastinya disahut dengan penuh keyakinan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

"Walaupun perbezaan ketara antara Jepun dan pasukan kita agak jauh, ia bukan bermakna kami mahu menyerah kalah begitu sahaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jadi, peluang yang jarang kali kita peroleh menentang Jepun pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyahut bukan sahaja cabaran Datuk Seri, tetapi juga membalas sokongan padu penyokong tempatan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas empat perlawanan setakat ini, skuad Olimpik negara masih gagal mengutip sebarang mata dan berada di tangga tercorot apabila kalah semua perlawanan bermula dnegan Jepun (0-2), Syria (0-2) dan tewas kepada Bahrain dengan keputusan 2-3 dan 1-2. Kim Swee berkata, pasukan negara juga memainkan peranan yang cukup besar apabila bakal menjadi penentu kepada nasib Syria dan Jepun kin bersaing sengit memburu satu slot automatik ke London kelak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak nafikan kedua-dua pasukan itu berusaha memburu kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar, jadi saya mahu semua pemain jangan sesekali mudah berputus asa sekali gus mempertahankan maruah negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan K. Gurusamy yang masih tercedera serta Gary Steven Robbat dan Wan Zack Wan Nor yang bergantung perlawanan juga tidak menggusarkan hatinya kerana boleh mencuba muka-muka baru dalam pasukan.

“Di bahagian tengah, saya berdepan sedikit masalah kerana Gurusamy masih belum pulih selain kehilangan Gary.  Jadi pilihan saya agak terhad antara Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Azizan Nordin selain Ahmad Fakri Saarani juga boleh bermain di posisi tengah. “Sementara Syahrul Azwari Ibrahim dijangka menjadi pilihan awal menggantikan tempat Wan Zack, begitupun senarai kesebelasan utama hanya akan diputuskan pada hari perlawanan nanti,” katanya.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.