close button

close button

Kereta 'Tersadai' Atas Bumbung

http://speakerpecah.blogspot.com

KUCHING - “Tiba-tiba rumah bergegar dan sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila melihat sebuah Toyota Vios tersangkut di bumbung garaj,”  kata penghuni sebuah rumah yang dihempap kereta terbabas di Jalan Simpang Tiga, di sini, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, penghuni rumah berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan seorang lagi rakan sedang menonton televisyen di ruang tamu, sebelum terdengar dentuman kuat dari depan rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya terkejut apabila melihat kereta tersangkut pada bumbung rumah dan ia adalah kejadian kedua, kerana beberapa tahun lalu pagar rumah pernah dilanggar kereta terbabas,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, kereta yang dipandu lelaki dikenali sebagai RObert, 30, dari Jalan Rock dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan menyebabkan ia merempuh besi penghadang jalan dan kedai peralatan pengantin sebelum 'tersadai' di atas bumbung garaj rumah berkenaan.

Namun, pemandunya bernasib baik apabila dia hanya cedera ringan sebelum dibawa ke klinik dengan bantuan rakannya.




Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.