close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Kelantan vs Terengganu 11 Februari 2012 (3 Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

KELANTAN 2-1 TERENGGANU

Tahniah buat The Red Warriors (TRW) kerana mencatat kemenangan ke atas Terengganu dengan keputusan penuh 2-1. Pada separuh masa pertama dilihat Kelantan banyak menguasai bola daripada Terengganu sehingga pada minit ke-37, Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama sentuhan daripada Norshahrul Idlan Talaha. Pada separuh masa kedua pula, Kelantan terus membenam Terengganu selepas Badri Razi berjaya menjaringkan gol kedua untuk Kelantan pada minit ke-57.

Namun pada minit ke-85, Kelantan gagal mencari gol ketiga selepas sepakan penalti yang disudahkan oleh Ghaddar ditepis penjaga gol Terengganu. Minit-minit akhir perlawanan Terengganu berjaya merapatkan jurang gol jaringan daripada Ashaari namun ternyata sudah terlambat. Kelantan menang tipis 2-1 mengatasi Terengganu.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.