close button

close button

KDN Lupus Al-Quran Hanyut Mengikut Syarak

http://speakerpecah.blogspot.com

PENAGA - Sebanyak tujuh naskhah Al-Quran dan beberapa naskhah muqaddam yang dihanyutkan dalam sebuah bungkusan daun mengkuang yang ditemui dua penjala ikan di Sungai Muda tengah hari kelmarin diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk dilupuskan, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Unit Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitam dam Teks al-Quran kementerian itu yang berpejabat di Butterworth, Tengku Rohani Tengku Yusoff mengetui empat kakitangannya berjumpa dengan Salleh Din, 74, yang menyimpan sementara kitab suci itu sebaik sahaja ditemui oleh anak dan cucunya ketika keluar menjala ikan tengah hari kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tengku Rohani berkata, pihaknya bertanggungjawab mengumpul kitab suci yang dibuang, ditemui atau rosak untuk dilupuskan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak bagi mengelak tercemar kemuliannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Siasatan awal mendapati kitab suci itu memang hendak dilupuskan oleh pemiliknya dengan cara menghanyutkan ke dalam sungai berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini berdasarkan cara pembungkusannya yang menunjukkan pelakunya masih menunjukkan tanda 'hormat' kepada kemuliaan kitab suci itu biarpun niatnya tidak mahu lagi menggunakannya," katanya.

Menurut Tengku Rohani, selain menemui naskhah al-Quran Rasm Uthmani, terdapat beberapa naskhah yang bertulisan Ilmie yang menunjukkan ianya adalah naskhka lama.

"Semua al-Quran dan muqaddam yang ditemui itu masih elok tulisannya dan boleh dibaca tetapi mengalami sedikit kesan koyak kerana lama terendam di dalam air.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk terutamanya Salleh Din dan Ridzuan Othman yang mengambil tindakan memungut dan menjemurnya selepas menemuinya sebelum menghubungi pihak kami untuk menyerahkannya bagi tujuan pelupusan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Naskhah al-Quran dan muqaddam itu ditemui oleh anak Salleh, Ysri, 37, serta cucunya, Azman Abd Halim, 22, ketika menjala ikan di sungai berkenaan tengah hari kelmarin.

Penemuan bungkusan itu mengejutkan dua saudara terbabit yang menyangka ianya berisi mayat manusia namun sebaik sahaja dibuka, mereka mendapati mengandungi tujuh naskhah al-Quran dan beberapa naskhah muqaddam yang rosak terendam air.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.