Feb 28, 2012

Kanak-kanak Didera Pengasuh Taska Berlaku Di Malaysia (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Kejam! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk pengasuh taska yang didakwa mendera hampir tujuh kanak-kanak. Kejadian ini dikatakan berlaku di taska di Malaysia dan butir-butir kediaman taska tersebut tidak diberitahu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pemuat-naik (uploader) video ini yang menggunakan nama samaran 'zarcont', dia hanya memuat-naik video tersebut selepas menerimanya dari laman sosial Facebook.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melihat video yang berdurasi 1 minit 14 saat ini, ada beberapa kanak-kanak itu telah dibungkus dengan kain batik dan kain putih selain diikat. Lebih malang lagi, ada seorang kanak-kanak itu bukan sahaja dibungkus dan diikat, malah mulutnya juga telah dilekatkan dengan pita pelekat (sellotape).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

****

JOHOR BAHRU - Akibat marah terhadap majikan sendiri, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam apabila mereka menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Lebih malang lagi, dua pengasuh terbabit turut merakam video tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik bakal berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

Shahera  ditemui selepas Harian Metro menerima aduan daripada seorang ibu, Norhashimah Mahmud, 37, selepas melihat rakaman video berkenaan yang memaparkan anak bongsunya berusia enam bulan, Ahmad Afiq Mohd Sahabuddin menjadi salah seorang mangsa penganiayaan dua pengasuh terbabit.

Di dalam rakaman video tersebut, Ahmad Afiq didera paling teruk apabila mulutnya ditampal pita pelekat dan tubuhnya pula dililit dengan kain bedung, manakala enam lagi bayi lain hanya dibedung.

Shaherah berkata, klip video itu dipercayai dirakam pada Disember tahun lalu oleh dua kakitangannya yang bermasalah sebelum mereka dibuang kerja pada januari lalu.

"Sebelum ini, mereka sering mengambil cuti dengan alasan anak sakit dan sebagai majikan yang juga ibu, saya faham dengan masalah mereka.

"Bagaimanapun, saya memerlukan kakitangan  yang komited dan sebab itu saya berpendapat lebih baik mereka berhenti kerja serta menjaga anak masing-masing.

"Namun, saya tidak menyangka mereka tergamak bertindak keterlaluan sehingga menjadi sedemikian rupa," katanya.

Menurut Shaherah, pihaknya menyediakan sebuah bilik khas untuk menempatkan tujuh bayi dan pintu sentiasa dibiarkan terbuka bagi memastika kakitangan lain tahu apa yang berlaku kepada bayi berkenaan.

Selain tujuh bayi berusia bawah 20 bulan, pihaknya turut menjaga 18 kanak-kanak berusia  antara dua dan empat tahun yang ditempatkan ditingkat bawah rumah dua tingkat itu.

Shaherah yang mengusahakan pusat asuhan berkenaan sejak lima tahun lalu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang ibu kanak-kanak yang dihantar di pusata asuhan, 21 Februari lalu.

Katanya, ibu itu memaklumkan terdapat klip video menunjukkan tujuh bayi tidur nyenyak dalam sebuah bilik diikat ketat dengan kain bedung selain mulut seorang daripada mereka dilekatkan pita pelekat dengan alasan kuat menangis.

"Saya meminta dia memberikan klip video itu kepada saya dan sebaik melihatnya, saya membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex sebelum memanggil semua ibu bapa untuk menerangkan perkara sebenar," katanya.

Menurutnya, mujur semua ibu bapa menerima penjelasannya dan berharap pois mengambil tindakan segera supaya nama baik pusat asuhannya pulih.

Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan
 gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


Sementara itu, Norhashimah berkata, dia menonton rakaman video penderaan bayi di pusat asuhan terbabit selepas ditunjukkan Shaherah ketika wanita itu memberi penjelasan apa sebenarnya berlaku, 23 Februari lalu.

Menurutnya, sehari kemudian seorang lelaki tidak dikenali datang ke rumahnya pada jam 8.30 malam dan menyerahkan satu pemacu USB (pendrive) sambil memberitahu di dalam pemacu itu ada rakaman video memaparkan anaknya didera di pusat asuhan.

"Selepas ditonton, rakaman video diberikan lelaki itu sama dengan apa yang Shaherah tunjukkan kepada saya. Ketika meonton, saya terkejut, sedih dan marah dengan apa yang berlaku.

"Selepas menontonnya, baru saya sedar kenapa Ahmad Afiq mengalami kegatalan mulut dan hidung hingga terpaksa mendapat rawatan di klinik," katanya.

Menurutnya, akibat tidak berpuas hati, dia membuat laporan di IPD Shah Alam, jam 9 pagi Sabtu lalu.

"Saya percaya dengan penjelasan Shaherah, tapi saya mahu tindakan sewajarnya dikenakan terhadap dua pengasuh terbabit," katanya.

Difahamkan, pada mulanya rakaman video itu diedarkan kepada pihak-pihak tertentu, namun ia semakin tersebar apabila dimuat-naik di laman sosial Facebook dan YouTube.


Berikut adalah sebahagian komen-komen mengenai kejadian ini dari fanpage Speaker Pecah:




Sumber: Syok Download, Harian Metro

No comments:

Post a Comment