close button

close button

Johan Raja Lawak Enggan Lawaknya Disamakan Dengan Din Beramboi

http://speakerpecah.blogspot.com

Pengacara dan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, menolak tanggapan segelintir pihak bahawa dia bakal menggantikan tempat populariti pelawak tersohor, Allahyarham Din Beramboi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Johan berkata, dia enggan lawak yang dilakukannya dikatakan sama dengan Din Beramboi yang pernah menjadi penyampai radio Era FM. Sebaliknya, dia ingin ingin mewujudkan fenomena baru dalam kalangan para peminatnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tidak mahu menggantikan sesiapa termasuklah Allahyarham Din Beramboi kerana saya ingin memberikan satu pembaharuan dalam bidang komedi industri tempatan kita dan kalau boleh mahu mewujudkan satu fenomena baru buat masyarakat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagaimanapun, tidak dinafikan, saya mengambil ilmu daripada pelawak-pelawak senior ini dengan niat untuk belajr cara mereka memperoleh kejayaan yang besar," tegasnya.

Menurut Johan, walaupun dia sering dikatakan antara pelawak muda yang hebat, Johan yang juga penyampai tetap di radio EraFM bagi slot Riuh Pagi Di Era bersama Ray dan Haniff berkata, sehingga kini dia sukar untuk menilai dirinya dalam setiap persembahan yang dilakukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, dia percaya nilaian atau kritikan daripada pemerhatian penonton adalah yang terbaik.

Dalam masa yang sama, dia sedar, membuat orang ketawa bukannya mudah, lebih-lebih lagi jika pengikut setianya sudah tahu idea lawaknya sebelum ini, justeru itu ilham baru sangat diperlukan agar penonton tidak bosan dengan lawaknya.

"Saya seorang yang sukakan pembaharuan dan percaya penonton juga begitu. Jadi saya perlu mempelbagaikan lawak mengikut isu-isu semasa selain kehidupan masyarakat Malaysia yang terkini.

"Oleh itu, saya akan belajar apa sahaja untuk mengasah bakat termasuklah baru-baru ini saya dan Zizan telah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetahui penggunaan bahasa yang sesuai apabila berdepan dengan penonton kanak-kanak selain mengasah bahasa Malaysia saya," ujarnya.

Johan bergandingan dengan Zizan (Jozan) kini sedang sibuk dengan persembahan 'stand-up comedy' "Lawak Ke Der" yang telah pun memulakan pementasannya pada 3 Februari lalu.

Pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama ini juga akan tampil dengan dua buah filem yang masih menunggu slot tayangan iaitu Berani Punya Budak dan Papadom 2.


Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.