close button

close button

Jepun Mahu Bina Lif Ke Angkasa

http://speakerpecah.blogspot.com

TOKYO -  Sebuah firma pembinaan Jepun melaporkan semalam, mereka mampu melaksanakan rancangan laur biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer atau suku jarak dari Bumi ke bulan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut firma itu lagi, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa dan bergerak pada kelajuan 200 km/j selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jaran 36,000 kilometer.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau masih belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiayaan bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu pernah membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang berukuran setinggi 634 meter.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah seperti Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk temasya Sukan Olimpik Sydney.


Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.