close button

close button

Jenayah - Berbunuh-bunuhan Sesama Islam

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Daripada  Abu Bakrah Nufai` bin al-Harith al-Saqafi RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Apabila dua orang Muslim berbunuh-bunuhan, maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka." Abu Bakrah bertanya: “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda: “Kerana dia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berazam melakukan maksiat akan dikenakan azab walaupun maksiat tidak dapat dilakukan kerana halangan tertentu yang jika tidak kerana halangan itu dia mesti melakukannya. Adapun halangan yang disebabkan oleh pemikiran atau khayalan tidak diambil kira sehingga betul-betul dilaksanakan.
  2. Umat Islam ditegah bermusuhan sesama sendiri kerana permusuhan akan menyebabkan umat Islam menjadi lemah.
  3. Orang yang membunuh sesama Islam tanpa hak akan dimasukkan ke dalam neraka.
  4. Orang yang terbunuh dengan niat hendak membunuh lawannya juga akan dimasukkan ke dalam neraka.


Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.