close button

close button

Jantung Pisang Tumbuh Tanpa Daun

http://speakerpecah.blogspot.com

YAN BESAR - Seorang penduduk di Kampung Teluk Mat Acheh, di sini, terkejut selepas mendapati sebatang pokok pisang miliknya mengeluarkan jantung pisang yang pada asalnya batang pokok tersebut telah dicantas.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seorang pekerja am, Hashim Awang, 39, berkata, dia sudah berpengalaman selama 15 tahun menanam pokok pisang di sekitar rumahnya namun tidak pernah mengalami perkara sedemikian.

Menurutnya, pokok itu ditanam kira-kira tiga tahun yang lalu dan lebih sepuluh kali berbuah sebelum dicantas di bahagian tengah batang pokok pisang itu olehnya pada sebulan lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sebelum itu, bahagian atas pokok pisang berkenaan terkulai hampir menyembah bumi dan kerana itulah saya mencantas bahagian itu dengan harapan pokok pisang itu akan ditumbuhi daunnya semula.

"Saya biarkan begitu sahaj selepas mencantas sebulan lalu. Namun, pada Khamis lepas, saya terkejut apabila mendapati pokok pisang itu mempunyai jantung yang tumbuh tanpa mengeluarkan daun seperti kebiasaannya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hashim berkata, dia menganggap ia sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan diharap memberi rahmat kepadanya sempena Maulidur Rasul yang disambut umat Islam 5 Februari lalu.

Sementara itu, isterinya, Noraskin Lat, 40, berkata, mereka akan terus memelihara pokok pisang berkenaan bagi memantau perkembangannya terutama untuk mengetahui sama ada buahnya tumbuh atau tidak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami sering menanam pokok pisang di kawasan sekitar rumah, namun kebanyakannya mati akibat faktor ranah di sini yang kurang sesuai.

"Kami tidak sangka pula pokok pisang yang dicantas itu boleh hidup dan mengeluarkan jantungnya," katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.