close button

close button

Ibadah - Terhapus Semua Dosa Apabila Memeluk Islam


Hadith: 
Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
1.       Wajib bertaubat daripada dosa walau sebesar mana pun dosa itu dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.
2.       Dosa yang paling besar ialah kufur kepada Allah.
3.      Apabila seorang kafir memeluk Islam maka dosanya yang sebelum itu dengan sendirinya diampunkan  Allah, kerana Islam itu bererti taubat daripada dosa kufur atau syirik dan lain-lainnya.
4.       Orang kafir yang telah membunuh tentera Islam diterima taubatnya jika bertaubat dan berpeluang pula mati syahid.



Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.