close button

close button

Ibadah - Sedekah yang Kembali kepada Ahli Keluarga

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Daripada  Abi Yazid Ma`an  bin al-Akhnas RA. Mereka bertiga adalah sahabat Nabi SAW katanya, “Ayahku (Yazid) telah mengeluarkan beberapa dinar (mata wang emas) yang hendak disedekahkan lalu diamanahkan kepada seorang lelaki di Masjid (untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya). Maka aku pergi dan minta (wang dinar itu) daripada orang itu lalu aku tunjukkan kepada ayahku. Maka beliau pun berkata, “Demi Allah bukan kepada engkau yang hendak aku sedekahkan”. Maka berlakulah pertelagahan antara kami. Akhirnya kami adukan perkara itu kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah pun bersabda, “berhasil (pahala) bagi engkau apa yang engkau niatkan wahai Yazid dan halal (harus) bagi engkau apa yang engkau ambil wahai Ma`an”.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Sedekah sunat harus diberikan kepada anak, tetapi sedekah wajib (zakat) tidak harus diberikan kepada anak atau ayah.
  2. Seseorang anak yang mengemukakan sesuatu kes yang berkaitan dengan orang tuanya kepada hakim untuk mencari penyelesaian tidak dianggap derhaka.
  3. Orang yang bersedekah tetap mendapat pahala sama ada sedekahnya jatuh ke atas orang yang berhak atau tidak, jika niatnya ikhlas.
  4. Sedekah boleh diamanahkan kepada orang lain.
  5. Seseorang boleh menerima sedekah daripada pemberian sedekah bapanya.



Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.