close button

close button

Ibadah - Keutamaan Nafkah/Harta untuk Ahli Keluarga

http://speakerpecah.blogspot.com
Hadith: 
Daripada  Abu Ishak Saad bin Abu Waqas Malik bin Uhaib bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kalab bin Murrah bin Kaab bin Luai al-Quraisy az-Zuhri salah seorang yang disaksikan sebagai ahli syurga, katanya: “Rasulullah SAW datang menziarahi aku pada tahun Haji Wada` semasa aku menderita sakit tenat lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, penyakit aku ini bertambah tenat sedangkan aku mempunyai harta tetapi tidak mempunyai warisnya kecuali seorang anak perempuan. Jadi adakah boleh aku sedekahkan 2/3 daripada harta aku?” Jawab baginda: “Tidak”, aku bertanya lagi: “Kalau ½ wahai Rasulullah?”, jawab baginda: “Tidak”, aku bertanya lagi: “Kalau 1/3 wahai Rasulullah?”, jawab baginda: 1/3, dan 1/3 itu pun masih banyak. Sesungguhnya jika engkau tinggalkan waris-waris engkau sebagai orang kaya, adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka  sebagai orang miskin yang terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan sesuatu yang engkau niatkan itu demi untuk mengharapkan keredaan Allah melainkan pasti engkau diberi pahala daripada perbelanjaan yang engkau keluarkan sehinggakan apa yang engkau letakkan di mulut isterimu. … “
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Harus mengadu sakit dengan tujuan yang betul seperti minta diubati atau untuk didoakan sembuh oleh orang yang saleh.
  2. Harus mengumpul harta dengan cara yang halal, dan tidak dianggap sebagai pengumpulan yang haram selagi menunaikan kewajipan daripada harta itu.
  3. Keutamaan dalam berbelanja diberikan kepada keluarga terdekat menurut tertib.
  4. Islam tidak menggalakkan berhabisan bersedekah sehingga menyebabkan ahli keluarganya menjadi miskin dan meminta-minta kepada orang lain.
  5. Seseorang Islam tidak boleh berwasiat melebihi 1/3 daripada harta kekayaannya kecuali jika dipersetujui oleh warisnya.
  6. Membelanjakan harta kekayaan untuk isteri dan anak-anak adalah lebih baik daripada bersedekah kepada orang lain dan membiarkan keluarganya terbiar dalam kesusahan.


Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.