close button

close button

Ibadah - Kelebihan Bersuci

http://speakerpecah.blogspot.com
Sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.


Hadith: 
Daripada  Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
1. Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan zikrullah dan kelebihan sabar.
  sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
2. Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti. Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.

3. Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.

4. Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama. Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau perbalahan.

5. Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya sendiri.
6. Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian, kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang yang sabar.




Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.