close button

close button

Ibadah - Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu


Hadith: 
Daripada  Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.”

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
  2. Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
  3. Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu


Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.