close button

close button

'Hujan Acoustic Special Showcase' Bakal Gegarkan KLPAC 24 Februari 2012 (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Mula popular di laman sosial MySpace, kumpulan Hujan yang ditubuhkan pada awal 2006 kini boleh dianggap sebagai satu kumpulan indie paling popular di Malaysia. Walaupun masih mentah di persada seni muzik, Hujan menongkah arus dengan menghasilkan muzik kini menjadi trend muzik tempatan dan berjaya menakluk Manchester, Liverpool, Sheffield, Cardiff, Dublin dan London.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kali ini kumpulan Hujan yang dianggotai Noh selaku vokalis dan pemain gitar, Dimas pemain keyboard, AG COCO gitaris utama, Izzat Uzaini pemain bass dan Ambobzeela (AM) pemain dram, apabila mereka diberi penghormatan sekali lagi untuk mengadakan Showcase Akustik Istimewa HUJAN.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hujan, kumpulan yang pernah memenangi anugerah Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik di AIM16 ini bakal mengadakan showcase tersebut di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada Jumaat, 24 Februari depan bermula jam 8.30.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, Hujan bakal menyampaikan lagu daripada tiga buah album studio dan EP sebelum ini, dijangka akan menghiburkan peminatnya selama dua jam dengan rangkaian dari EP, 1,2,3 Go hingga album terbaru mereka yang dilancarkan pada 2011 lalu, Lonely Soldier Boy.

Persembahan ini dianggap sangat istimewa oleh HUJAN kerana ia akan dipersembahan secara akustik dengan iringan strings selain menampilkan penyanyi undangan yang pastinya mengejutkan para penonton.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Hujan, mereka akan membawa lagu popular seperti Bila Aku Sudah Tiada, Aku Skandal, Mencari onklusi, Pagi yang Gelap, Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Dikala Bulan Bermain Biola dan juga Cindai (mungkin)

http://speakerpecah.blogspot.com

Difahamkan, tiket "Early Bird Round 1" berharga RM48 telah pun habis dijual dalam tempoh sehari selepas pengumuman persembahan itu dilakukan.

Untuk menempah tiket, sila klik [SINI]

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.